Sabtu, 26 Disember 2015

Kisah Benar: Mimpi Bertemu Rasulullah SAW Ketika Koma

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku” ( Hadis Riwayat Bukhari, 1/52 dan Muslim, no 2266, 4/1775 )
Dalam hadis yang lain pula disebutkan :-
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya (mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian” (Hadis Riwayat Bukhari, 6/2568)
Terdapat kisah benar telah berlaku pada hari Khamis 10 Ogos 2006 bersamaan 16 Rejab 1427 Hijrah ke atas seorang pelajar yang bernama Syamimi sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, Selangor. Nama Syamimi bermaksud ‘kesayanganku’.
Ayahnya meletakkan nama tersebut mengambil sempena nama gelaran puteri Rasulullah SAW iaitu Saidatina Fatimah az-Zahra semoga suatu hari nanti anaknya menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SAW. Alhamdulillah doanya dimakbulkan oleh Allah SWT selepas 23 tahun kelahiran anak sulung daripada 8 adik beradik.
Syamimi telah menghafal al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal dua mukasurat al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
sebelum bermimpi berjumpa Nabi SAW beliau memang diuji dengan sakit yang tidak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwuduk dua hingga tiga kali sehari. Wuduk itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor-doktor pakar, malah ulama yang faqih dalam ilmu perubatan Islam serta akhir sekali bertemu seorang pensyarah di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat tahajud. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwuduk dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwuduk, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Ketika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin sudah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku reda, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah SAW sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah..indah sekali, tidak dapat hendak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamualaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi SAW rupanya! Nabi SAW memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata baginda Nabi SAW, janggut baginda, rambut baginda, kain serban di atas bahu baginda dan tubuh baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian baginda Nabi SAW. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi SAW mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah SWT, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. In syaa Allah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi SAW. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi SAW menangis saat itu. Beberapa titisan airmata baginda yang suci mengalir untuk ummat baginda! Kemudian baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tidak pernah bersua dengan Nabi SAW yang mulia, baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kepada sahabat-sahabat yang berada disekelilingnya tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi SAW. Rasa malu pada Nabi SAW kerana kita jarang-jarang ingat pada baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat bagindalah yang di harapkan di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafakkan pada Allah atas nikmat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tidak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah SWT. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari ‘Hamdalah’, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.
Selepas solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tidak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah beri untuk melihat baginda Nabi SAW.”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamualaikum Ya Syamimi..Rasulullah SAW. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘Affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi SAW untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yang bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada dua malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan, ’Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi SAW menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah SWT. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi SAW yang mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwuduk. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah SWT “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi SAW yang mulia sanggup mati demi mempertahankan baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun lima minit sudah rasa tidak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tidak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tidak rugi kita bersabar…”
(Kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui oleh beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. pernah disebarkan melalui e-mel dan blog sebelum ini)
Petikan halaqah.net dan http://cikguarif.blogspot.com
Sahabat yang dikasihi, Sungguh terharu saya membaca kisah ini, kisah pengajaran bagaimana doa seorang mukmin yang bertakwa yang dizalimi kerana di sihir untuk bertemu Rasulullah SAW dikabulkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT pulih penyakitnya kerana kesabarannya menaggung dugaan ini dan binasa jin-jin kafir dan syaitan yang mengganggunya.
Allah SWT berfirman maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah ayat 153)
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah ayat 155)

Berdasarkan ayat-ayat di atas Allah SWT menyeru kepada orang-orang beriman supaya menjadikan sabar dan solat itu sebagai penolongnya. Para ahli tafsir menyatakan bahawa suruhan ini adalah wajib kerana berbentuk suruhan kepada orang-orang mukmin. Jika orang mukmin meninggalkan sifat sabar dan meninggalkan solat maka ianya berdosa.

Rabu, 23 Disember 2015

Tips Mudah Menghafaz al-Quran

 1.DOA PEMBUKA

 Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa hafazan yang khusus...Sebagai pembuka..: ( i ) istighfar (7x) ( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x) (iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x) (iv) al-fatihah 

2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.

 --- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM 

3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN. 

 Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.

 4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.

 Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya... 5.DOA PENUTUP Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM. 

5.TASMIK.

 Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana sarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar 1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar. 

TEKNIK MENGHAFAL QURAN Assalamualaikum. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menghafal al-Quran, saya kongsikan beberapa tips bagi memudahkan kalian untuk menghafalnya. Mudah-mudahan berkesan, insyaAllah Sebelum menghafal 
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal 
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal. 
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal. 
4. Berada dalam keadaan tenang. 
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. 
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. 
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal. 
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal. Teknik Menghafal 

A. Teknik “Chunking” 
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. 
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai. 3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita. 
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya. 
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya. 

B. Teknik Mengulang 
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya. 2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. 
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua. 
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. 
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya. 

C. Teknik Tumpu dan Ingat 
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran. 
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. 
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. 
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup. 

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 
1. Pilih seorang teman yang sama minat. 
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. 
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. 
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain. 

E. Teknik Mendengar Kaset 
1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu. 
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. 
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran. 
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut. 
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan. 

F. Teknik Merakamkan Suara 
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. 
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
 
G. Teknik Menulis 
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. 
2. Kemudian semak semula dengan mashaf. 
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas. 

H. Teknik “Pointers” dan “Keyword” 
1. Buat beberapa kotak. 
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. 
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
 4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan. 

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur 
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. 
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. 
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita. 

J. Teknik “Mindmaping” 
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya. 
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’. 
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.

 Mengekalkan Hafalan 
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. 
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. 
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah. 
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz. 
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. 
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. 
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. 
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih

Kisah Benar Tentera Sultan Muhammad Al-Fateh


Paparan berikut Pak Lang ambil dari blog Matahati. Penulis blog ini iaitu Tn Nawawi Dahlan sekarang sedang merantau ke Turki dan Eropah. Tulisannya tentang Sultan Muhammad Al-Fateh ini terbit dari pengalamannya sendiri menyaksikan lokasi peristiwa penawanan Kota Konstantinopel.

Apa yang dilihat dengan apa yang ditulis dalam sejarah sudah bercampur dengan rekaan, penipuan dan kebenaran. Rekaan dan penipuan tentulah oleh musuh Islam yang tidak mahu menampakkan Islam itu hebat dan mempunyai keajaiban sebagai bukti kebenarannya.

Kebenaran yang ada di sana pun hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang menempuh jalan yang sama di tempuh oleh Sultan Muhammad Al-fateh. Tulisan Tuan Nawawi, membantu kita melihat dan merasai situasi sejarah yang hebat itu.

Diharapkan beliau akan terus menulis tentang sejarah yang begitu tersembunyi rahsia luar biasanya. Tentunya banyak yang perlu disingkapkan dan dihuraikan untuk semua yang mempunyai cita-cita perjuangan. Sejarah adalah untuk kita pelajari, menganalisa, mengambil pengajaran dan menirunya untuk mencapai hasilnya yang serupa untuk kita di akhir zaman.

Rugilah mana-mana bangsa yang hanya membaca sejarah sekadar mengambil maklumat tanpa mahu mengambil iktibar. Iktibar sejarah mampu membangkitkan semangat juang untuk generasi yang mahu menempa sejarah gemilang di mana jua mereka berada dan di zaman apa sekalipun. Bacalah!!


Bukan sekadar berfikir di luar kotak, tapi di luar logik...

Catatan ini adalah sambungan tidak rasmi artikel "The Conqueror".

Cerita Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel memang popular. Banyak yang telah ditulis, ada juga yang telah diterbitkan dalam bentuk video dokumentari. Sebuah filem bertajuk Fatih, pada hemat saya kandungannya tidak menepati fakta dan jauh tersasar dari kebenaran.

Penyelewengan yang sangat jelas ialah kisah mengenai Hassan yang mempunyai hubungan sulit dengan perempuan bukan mahram. Walau pun banyak yang telah didedahkan melalui kajian dan ulasan peminat sejarah berkenaan dengannya, tetapi tidak dinafikan masih terdapat banyak rahsia yang belum dibongkarkan.

Sebahagian rahsia kejayaan luar biasa itu telah dengan sengaja dilupuskan oleh Yahudi dari pesada ilmu sejarah. Sedikit kajian yang termungkin untuk menyingkap rahsia ini sedang dijalankan. Beberapa tokoh yang mahir dan mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza ditemubual. Segala usaha bagi menyempurnakan penyelidikan ini sedang terus berjalan dari semasa ke semasa.

Kali ini kita cuba berbincang dari sudut yang jarang diperkatakan secara serius. Kurang penyelidik yang mahu melihat dari sudut ini sebagai bahagian terpenting yang menyumbang kepada kemenangan tentera Sultan Muhammad Al Fateh.

Apa yang dimaksudkan ialah sudut kekuatan kerohanian. Kekuatan roh Sultan Muhammad dan tentera-tenteranya. Kekuatan yang bertunjangkan Iman, Islam dan Ihsan. Kekuatan yang terbit dari hati yang takut setakut-takutnya kepada Allah, rindu serindu-rindunya kepada Rasulullah saw.

Bagi mereka yang tidak berminat atau tidak yakin dengan hipotesis ini, anda berhak untuk menyangkalnya. Namun, menafikan sesuatu yang kita belum pernah mengalami atau merasainya, samalah macam kita cuba menafikan pengalaman orang yang pernah melancung ke kutub utara.

Samakah pengalaman dan perasaan orang yang sampai ke kutub utara dengan orang yang hanya melihat dalam gambar atau visual sahaja? Terdapat banyak perkara dan peristiwa dalam peperangan sehingga terbukanya Kota Konstantinopel yang berlaku di luar logik akal.

Sekarang ini ramai motivator atau ahli fikir mengajak kita berfikir di luar kotak. Setakat penelitian saya yang cetek ini, kebanyakan yang ghairah mengajak orang berfikir di luar kotak, dia sendiri pun masih terperuk dalam kotak kecil sahaja fikirannya.

Rasulullah saw dan para sahabat bukan sekadar berteori di luar kotak, tetapi mereka mampu mencipta sejarah nyata di luar logik akal manusia. Inilah kekuatan sebenar yang ada pada umat Islam tetapi telah ditimbus seedalam-dalamnya oleh Yahudi.



Kembali kita memperkatakan tentang Sultan Muhammad Al Fateh ll, The Conqueror. Mengikut fakta sejarah, kejayaan menawan Kota Konstantinopel ialah sewaktu pemerintahan baginda belum pun mencapai tempuh dua tahun pertama selepas menaiki tahta buat kedua kalinya.

Dalam tempuh kurang dua tahun, baginda berjaya memimpin 250 ribu tentera yang dipercayai semuanya terdiri daripada tentera sebaik-baik tentera. Sebaik-baik yang dimaksudkan ialah bertaqwa. Orang bertaqwa sangat menjaga diri dari terlibat dengan dosa besar. Terhadap dosa kecil pula, kalau pun terlajak itu pun tidak disengajakan.

Orang bertaqwa ialah orang yang hatinya sangat kuat dengan Allah. Takut dan cintakan Allah sangat ketara pada peribadi mereka. Mereka sangat kuat berkorban masa, tenaga, harta hatta nyawa untuk Allah, Rasul dan Islam. Cinta dunia tidak ada sama sekali sebaliknya mereka sangat cintakan Akhirat.

Persoalannya, logikkah seorang pemimpin atau mana-mana Sultan mampu mendapatkan sejumlah tentera yang memiliki sifat-sifatnya tersebut dalam masa yang begitu singkat? Bukan itu sahaja, mampukah seorang pemimpin mendidik dan mengasuh atau memimpin sejumlah 250 ribu orang tentera yang semuanya baik-baik pada usia awal 20'an?

Pernahkah sejarah lain mencatatkan kejayaan seumpama ini, sebelum atau sesudahnya? Sejurus sebelum memulakan kempen perang, Sultan Muhammad Al Fateh r.a. telah mengumpulkan seluruh tenteranya dalam satu sesi. Sebaik sebelum solat fardhu yang akan diimamkan oleh baginda sendiri, semua tenteranya diminta bangun berdiri tegak terlebih dahulu, lalu baginda mengajukan beberapa soalan antaranya;

1. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat fardhu walau pun sekali, silakan duduk. Semua tenteranya berdiri tegak, tanpa ada seorang pun yang duduk.

2. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat berjemaah walau pun sekali, sila duduk. Sebahagian tenteranya duduk.

3. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal sunat rawatib walau pun sekali, silakan duduk. Sebahagian besar tenteranya yang masih berdiri pun duduk. Baki yang masih bediri dari kebanyakannya adalah tentera yang kanan-kanan. Kemudian baginda bertanya lagi.

4. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat malam (tahajjud) walau pun sekali silakan duduk. Maka semua tentera yang tadinya masih berdiri tegak pun duduk.

Tinggallah Sultan Muhammad Al Fateh berdiri terpacak seorang diri di hadapan seluruh tenteranya. Maka fahamlah tentera-tentera Sultan Muhammad Al Fateh bahawa Sultan dan juga ketua tentera yang menjadi imam setiap kali solat berjemaah itu tidak pernah meninggalkan amalan solat sunnat malam sejak baginda baligh walau pun sekali.


Inilah ISO yang digunapakai oleh Sultan Muhammad Al Fateh dalam memilih pasukan tentera untuk menyerang Kota Konstantinopel. Lalu apakah di peringkat ini, masihkah kita belum nampak sebesar-besar keajaiban yang berlaku?

Kalau sekadar cerdik, pandai, brilliant atau genius sekali pun, belum ada sejarah mencatatkan adanya seorang tokoh segenuis mana pun mampu melahirkan sebuah pasukan ketombokan tentera yang memiliki watak dan sifat sehebat ini dalam tempuh yang cukup singkat. Belum ada dan tidak pernah ada!

Apa lagi hujah yang boleh kita katakan supaya kita menerima hakikat bahawa inilah yang dikatakan kekuatan roh, bukan kekuatan akal apa lagilah kekuatan fizikal, jauh sekali! Kita cuba bawa satu analogi atau perbandingan untuk membantu kita faham perkara tersebut.

Katalah ada sebuah universiti yang Rektornya seorang Professor yang paling bijak, semangat perjuangannya berapi-api dan mempunyai pelajar seramai 25 ribu orang, semuanya Islam. Bolehkah kita bayangkan pencapaian yang termungkin dapat dilakukan dalam tempuh kurang dua tahun kepada semua pelajarnya?

Rasanya tak perlulah kita harapkan dalam tempuh dua tahun itu semuanya tidak pernah tinggal solat wajib walau pun sekali. Tapi memadailah kalau kita katakan yang Rektor itu berjaya menjadikan seluruh 25 ribu pelajarnya dapat menunaikan solat fardhu walau pun sesekali tertinggal atau terlewat sehingga di luar waktunya sepanjang tempuh dua tahun.

Kalau ada yang berjaya sampai tahap ini pun sudah cukup hebat bagi seorang yang sangat pintar! Tapi belum pernah ada seorang tokoh yang kita boleh jumpa sehebat ini, pada masa ini atau masa-masa lampau.

Apa yang selalu kita jumpa sekarang ialah orang yang bercakap Islam berapi-api pun selalu lewat sembahyang. Kalau sekadar pengikutnya tinggal sembahyang, itu tak usah ceritalah. Berlambak. Pemimpinnya yang bercakap pasal Islam berapi-api itu pun buat tak kisah saja, selamba saja anak buahnya tak sembahyang. Inilah pemimpin Islam yang ada hari ini.

Satu lagi bahagian terpenting dalam peperangan yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al Fateh perlu kita selidiki keajaibannya ialah peristiwa lebih 70 buah kapal perangnya 'berlayar' menyeberangi bukit Galata menggunakan jalan darat! Nah! Tidakkah kita terfikir, keajaiban apa yang sedang berlaku waktu itu?

Jarak 'pelayaran darat' yang perlu ditempuh oleh lebih 70 buah kapal perang melalui jalan darat dengan mendaki bukit Galata ialah kira-kira 30-40 minit berjalan kaki tanpa bebanan. Bayangkan bagaimana tentera-tentera Sultan Muhammad Al Fateh mampu mengangkut 70 buah kapal perang melalui jalan darat dalam tempuh kurang 10 jam.


Secara logiknya, setiap kapal mungkin terpaksa menggunakan tenaga 3000 orang tentera. Pada malam itu. Setiap jam pula sekurang-kurangnya 7 buah kapal mesti sampai di tebing Golden Horn. Kapal-kapal tersebut diangkut atau diseret 'belayar' di atas daratan. Menjelang Subuh esoknya lebih 70 buah kapal telah berada di perairan Golden Horn.

Memang ada logiknya. Namun tidak logiknya pun ada dan lagi banyak. Mudahkah seorang yang masih terlalu muda, berumur sekitar 23 tahun, boleh ditaati oleh sejumlah besar tentera untuk melaksanakan arahan yang boleh saja dianggap sebagai satu kerja gila?

Iye, bukan mudah untuk mendapatkan ketaatan solid seumpama itu. Bukan sekadar itu, seluruh pasukan tersebut pada keesokan hari akan dikerahkan untuk berperang walau pun sudah tentu sedang sangat keletihan. Sedangkan musuh yang hendak ditentang masih segar, bertenaga, cukup rehat, cukup makan dan selesa menunggu dalam kubu.

Setelah melakukan kerja terlalu berat tanpa tidur semalam, di awal pagi pula terus berperang dengan musuh yang jauh lebih segar, bertenaga dan cukup makan, bukankah itu juga satu daripada keajaiban yang terjadi kepada pasukan ini? Sungguh luar biasa sebenarnya apa yang telah terjadi pada malam itu.

Mengikut riwayat yang telah dibunuh oleh Yahudi dan sekularisma, Sultan Muhammad Al Fateh pada malam tersebut telah berhubung langsung dengan baginda Rasulullah saw dan mendapat sentuhan ajaib dari Baginda Nabi.


Maka berlakulah mukjizat di mana kapal-kapal tersebut seolah-olah sedang berlayar sama
seperti di dalam lautan, mudah, ringan dan lancar. Dipercayai seluruh tentera yang mengalami peristiwa ajaib ini telah merahsiakan cerita tersebut atas dasar sangat beradab dan berhalus dengan Baginda Nabi saw.
Inilah kekuatan kerohanian yang telah dinafikan oleh umat Islam yang belajar dan mengambil ilmu Islam dari Yahudi. Lagi-lagilah mereka yang berjuang di atas landasan Yahudi. Mereka tidak mempercayai sesuatu perkara yang di luar logik. Sekadar berbangga dengan slogan "cubalah berfikir di luar kotak"!

Apa ada kelebihan dengan berfikir di luar kotak, kalau sekadar baru peringkat teori saja. Islam boleh melakukan lebih jauh dari itu. Luar LOGIK! Bukan sekali, tetapi menjadi kebiasaan di kalangan sahabat dan pejuang kebenaran.

Sebaliknya jika dalam sebuah perjuangan Islam itu tidak berlaku perkara-perkara yang di luar logik, maka timbul tanda tanya, apakah perjuangan tersebut tidak mendapat perhatian dan pertolongan Allah?

Perjuangan yang tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang di luar logik, sebenarnya perjuangan tersebut disangsikan kebenarannya!

Lemas disorok



Assalamualaikum..
Saya terpanggil nk ajar skit..apa yg sy ada,rasanya elok disimpan bersama...
Perihal Lemas disorok.

1.Ambik 7 biji batu,duduk kat port mula yg kita rasa bdk tu lemas


2.Batu pertama kita bacakan surah Al-Fatihah sbnyk 7x

3.Batu kedua kita selawatkan sebanyak 7x juga.

4.Di batu ketiga bacakan surah Alaaraf ayat 3 sbnyk 7x gak..

5.Batu keempat surah Al-Ikhlas juga 7x

6.Batu kelima Surah Al-Falaq pn 7x kita bacakan.

7.batu ke enam pula surah AlNas 7x gak

8.Batu ke tujuh Bacakan surah kursi 7x

Setiap batu itu dibaca dan dilempar dgn dimulai dgn "BismilahiAllahuakbar" baling..pertama..then buat yg kedua..baca gak "BismilahiAllahuakbar" baling..smpai ketujuh batu smuanya..

insyallah dgn izin Allah s.w.t batu tu akan menepis dan pukul segala gangguan dan bnde yg sembunyikan mayat org yg lemas tu..

:dr newborn to all angler

Mohon kpd allah..doa..dgn izinya..pasti dpt ketemu dlm masa yg sepatutnya..

Khamis, 24 April 2014

Jenazah Perempuan Masih Segar Walaupun Sudah 30 Tahun.





Jenazah Perempuan Masih Segar Walaupun Sudah 30 Tahun..
Seorang anak bermimpi didatangi ibunya yang telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun.


Dalam mimpi tersebut sang ibu meminta anaknya supaya memindahkan kuburannya bersebelahan dengan kuburan suaminya.

Mungkin bagi sebagian kita menganggap itu sekadar bunga tidur.Tetapi sang anak tadi dengan bantuan orang banyak menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah ibunya masih kelihatan segar.

Subhanallah! Sugiyem (sang Ibu) telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lalu.Anaknya sering bermimpi agar kuburannya digali dan dipindahkan berdekatan kuburan suaminya.

Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar ini meninggal dunia pada tahun 1981.

Mayatnya masih utuh hanya agak kering,bahkan kain kafan yang membalut jasadnya masih lengkap.Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Semasa hidupnya Sugiyem terkenal sangat solehah,tidak pernah membuka auratnya didepan khalayak,rajin berjamaah di Musholla,gemar menolong sesama dan sangat menurut pada suaminya.

Semoga, Ibu, dan semua saudara perempuan kita tergolong kedalam golongan mereka yang sholehah.

Jumaat, 28 Mac 2014

Petua Menambahkan Air Mani

Petua Lambatkan Keluar Air Mani atau Lambat Pancut

Majoriti lelaki mengalami sindrom yang memalukan ini semasa di ranjang. Tapi cubalah petua ini. Ketika rasa air mani mahu keluar, tarik nafas sepanjang yang anda boleh. Kemudian jika masih ada rasa air mani yang keluar, tarik lagi nafas dan lakukan sehingga seterusnya. Cara ini boleh membuatkan hubungan seksual anda lebih panjang dan lama.

Disertakan juga petua orang-orang lama dalam menjaga zakar.

1. Buang air besar jangan serentak dengan buang air kecil. Semasa nak buang air besar, air kecil perlu ditahan dan nafas ditarik, dan begitulah sebaliknya. Elakkan buang kedua-duanya serentak.
2. Semasa mula makan, amalkan nasi sebesar ibu jari dikepalkan dan kemudian ditelan.
3. Ketika minum elakkan menghembus nafas tetapi tahan nafas tersebut. Ini menolong dari senang lelah semasa berjimak.
4. Kepak ayam jangan dimakan kerana ia akan melemahkan zakar.
5. Jangan suka makan makanan yang bersifat sejuk, telah disejuk mahupun disejukkan. Ia boleh mengakibatkan gejala terpancut awal dan air mani cair.


Petua Memekatkan Air Mani

1.Ambil bawang merah, sebiji telur ayam kampung(kuning sahaja), hancurkan bawang dan campur dengan telur dan minum 3 pagi berturut-turut. Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani, dgn pekatnya air mani maka akan lewat keluar.
2.ambil hempedu ayam jantan, gosokkan disekitar lubang zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum bersama.
3.ambil limau purut dan lada sulah, pipis halus. Makan semasa mahu bersama.
4.tak pun pakai gambir Sarawak.

Kita sebagai kaum lelaki mesti mengamalkan petua ini…baru pasangan kita tabik dengan kita…hubungan seks amat penting dalam sesebuah perhubungan..

Selain itu terdapat pelbagai cara untuk menambahkan air mani untuk meningkatkan hubungan seks selain daripada cara tradisional . Salah satu cara yang termoden melalui herba yang dikenali sebagai Vimax Herbs Selain itu, dapat meningkatkan daya seksual lelaki untuk menjadi hebat diranjang.