Terjemahannya:
1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
2.Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Al-Kautsar adalah surah yang ke 108 di dalam Al Quran yang bererti
kebaikan/nikmat yang banyak. Ia dinamakan Al-Kautsar kerana Allah SWT
telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad SAW kebaikan yang banyak di
dunia dan akhirat. Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat
& diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai
ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih
manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih
wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas
kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib.
Fadilatnya:-
1. Sesiapa membaca Surah Al-Kautsar, maka Allah akan memberinya minuman dari sungai di syurga.
2. Baca 1000 kali, Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya.
3.
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini 7 kali semasa dalam keadaan
ketakutan, maka Allah SWT akan memberikan perlindungan terhadapnya.
4.
Memperkuat pandangan mata dan menghilangkan penyakit mata seperti
berair, gatal, bengkak. Baca surah ini sebanyak 10x pada air yang
dicampur dengan bunga mawar, disapukan pada mata setiap hari.
5.
Al Imam At Tamimi menerangkan bahawa siapa yang sering membaca surah
ini akan menjadi lunak hatinya, khusyuk hatinya dan tetap hatinya
melakukan taat kepada Tuhan.
6.
Apabila dibaca 100 kali ketika turun hujan, lalu berdoa dengan doa apa
saja dari urusan dunia dan akhiratnya, maka doanya akan segera
ditunaikan.
7.
Barangsiapa yang membacanya setiap 7 kali pada mata air yang terhenti
airnya, atau yang sedikit keluarnya, maka air itu akan melimpah keluar.
8.
Baca 1000 kali untuk menghasilkan seribu satu hajat, teristimewa dalam
urusan rezeki, harta, menuntut pangkat dan jabatan, serta maksud-maksud
yang mengandungi unsur kebaikan, maka maksudnya akan ditunaikan.
9.
Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10 kali,
mudah-mudahan Allah SWT beri ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat ini
khas untuk mencari tempat sihir.
10.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah
SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi
telah dizalimi.
11. Membacanya sebanyak 7 kali pada waktu hendak tidur, maka Allah membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.
12. Siapa yang membacanya 7 kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, akan dilindungi Allah kebajikannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan